Thursday 27 April 2017

Aplikasi Internet


DEFINISI INTERNET

Definisi internet adalah jaringan besar yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer diseluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sistem komunikasi yang lain.


KEBAIKAN INTERNET


# MENDAPATKAN MAKLUMAT

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

# BERKONGSI MAKLUMAT


Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel.Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.
PELUANG PERNIAGAAN

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapatkeuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.
MEMBAYAR BIL             


Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.
# MEDIUM  HIBURAN

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.




APLIKASI INTERNET DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)

         -         Aplikasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran sebagai medium                                    kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru.

         -         Contoh aplikasi internet, seperti facebook, wechat, google, gmail, yahoo mail, 
                   e-learning, portal, MOOC dan lain-lain.


KEMUDAHAN APLIKASI INTERNET

  •     Komunikasi
  •     Penghantaran dokumen
  •     Media sosial
  •     Perhubungan dua hala
  •     Blog pembelajaran

KEBAIKAN VS KEBURUKAN INTERNET





TERDAPAT DUA KAEDAH KOMUNIKASI MELALUI RANGKAIAN INTERNET

APLIKASI LAIN

-    IPTV/ WebTV (e.g YouTube, UTMotion,TeacherTube)
-    Podcast
-    Social networking (e.g Facebook)
-    MOOC, SPOC, NOOC.
-    Blogging, Microblogging
-    Live Virtual Classrooms



**Contoh Keratan Akhbar Mengenai Kesan Negatif Penggunaan Internet

REFLEKSI

Hasil yang saya perolehi pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui banyak perkara yang berkaitan dengan kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Saya juga dapat mengetahui tentang kaedah komunikasi melalui rangkaian internet. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui mengenai aplikasi-aplikasi yang menggunakan internet sebagai medium penyebaran maklumat.

No comments:

Post a Comment