Medium Penghantaran
-digunakan untuk menghantar data dalam rangkaian
-pemilihan jenis-jenis medium adalah berkait rapat dengan jenis topologi, protokol dan saiz rangkaian
Medium Berkabel (wired)
Kabel Sepaksi (coaxial)
- Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang terletak ditengah-tengah yang bertindak sebagai media pengalir elektrik.
- Manakala lapik pintalan besi antara wayar tembaga dengan lapisan plastik pula bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan hingar.
- Jenis topologi cincin (ring topology) yang menggunakan kabel ini untuk menghubungkan antara komputer-komputer. Ia disambung menggunakan penyambung Beyone-Neill-Concelman (BNC) pada kedua-dua hujung.
- Kabel ini menyokong pautan jarak jauh dan menawarkan kadar penghantaran data yang lebih tinggi.
- Ia juga digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV.
Kabel Coaxial |
Penyambung BNC |
Kabel Gentian Optik
- Kabel ini diperbuat daripada gentian kaca atau silika yang lebih nipis dari rambut manusia. Ia menggunakan denyutan cahaya dalam menghantar data di dalam rangkaian
- Isyarat akan diubah kepada denyutan cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik yang berpembalut. Cahaya itu akan bergerak dan membias disepanjang pembalut kabel pada kelajuan tinggi.
- Ia digunakan untuk pautan jarak jauh atau pautan antara benua.
Cable Fibre Optik
Medium Tanpa Kabel (wireless)
Satelit
- Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat.
- Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain.
- Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave)
KESIMPULAN
No comments:
Post a Comment