Thursday 27 April 2017

Aplikasi Internet


DEFINISI INTERNET

Definisi internet adalah jaringan besar yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer diseluruh dunia, melalui telefon, satelit dan sistem-sistem komunikasi yang lain.


KEBAIKAN INTERNET


# MENDAPATKAN MAKLUMAT

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

# BERKONGSI MAKLUMAT


Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel.Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.
PELUANG PERNIAGAAN

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapatkeuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.
MEMBAYAR BIL             


Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.
# MEDIUM  HIBURAN

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.




APLIKASI INTERNET DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (P&P)

         -         Aplikasi yang digunakan dalam aktiviti pembelajaran sebagai medium                                    kemudahan yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru.

         -         Contoh aplikasi internet, seperti facebook, wechat, google, gmail, yahoo mail, 
                   e-learning, portal, MOOC dan lain-lain.


KEMUDAHAN APLIKASI INTERNET

  •     Komunikasi
  •     Penghantaran dokumen
  •     Media sosial
  •     Perhubungan dua hala
  •     Blog pembelajaran

KEBAIKAN VS KEBURUKAN INTERNET





TERDAPAT DUA KAEDAH KOMUNIKASI MELALUI RANGKAIAN INTERNET

APLIKASI LAIN

-    IPTV/ WebTV (e.g YouTube, UTMotion,TeacherTube)
-    Podcast
-    Social networking (e.g Facebook)
-    MOOC, SPOC, NOOC.
-    Blogging, Microblogging
-    Live Virtual Classrooms



**Contoh Keratan Akhbar Mengenai Kesan Negatif Penggunaan Internet

REFLEKSI

Hasil yang saya perolehi pada minggu ini ialah saya dapat mengetahui banyak perkara yang berkaitan dengan kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Saya juga dapat mengetahui tentang kaedah komunikasi melalui rangkaian internet. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui mengenai aplikasi-aplikasi yang menggunakan internet sebagai medium penyebaran maklumat.

Wednesday 19 April 2017

Infrastruktur Internet


DEFINISI INTERNET

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggerisinter-network) ialah 
rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet.


INTERNET VS WWW

Internet tidak sinonim dengan Jaringan Sejagat. Internet ialah satu rangkaian
besar jaringan, infrastruktur rangkaian. Ia menghubungi berjuta-juta komputer
bersama secara global, membentuk satu rangkaian di mana mana-mana komputer 
boleh berkomunikasi dengan mana-mana komputer lain selagi mereka kedua-duanya 
disambungkan kepada Internet. 

Jaringan Sejagat, atau hanya Jaringan, ialah satu cara mendapat 
maklumat atas medium Internet. Ia satu perkongsian maklumat 
menunjukkan bahawa dibina di atas Internet.


RANGKAIAN HIRARKI


  •  Dari satu komputer ke LAN
  •  Dari LAN ke ISP
  •  ISP kepada WWW


INTERNET SERVICE PROVIDER (ISP)

Internet Service Provider (ISP) adalah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada individu atau organisasi untuk memboleh mengakses internet. ISP juga dikenali sebagai Internet access provider (IAP). Jadual dibawah ini saya menyertakan contoh syarikat ISP di Malaysia.
Internet service provider (ISP) 
  • ISP Juga dipanggil IAP (Akses Internet).
  • Syarikat yang menyediakan akses ke internet.
  • Biasanya ISP menyediakan pakej perisian, nama pengguna, nombor telefon dan kata laluan akses dan modem
  • ISP disambungkan kepada satu sama lain melalui Pusat Akses Network (NAPs)
  • Contoh ISP: TM
see more info https://www.youtube.com/watch?v=7_LPdttKXPc


Kita sudah mengetahui apa itu internet dan ISP. Seterusnya mari mengetahui tentang
Internet Protocol. Setiap peranti gajet yang melayari internet mempunyai nombor unik. Ia di panggil IP Address. IP Address ini untuk mengenal pasti setiap komputer atau peranti yang disambungkan dengan internet.


APA ITU INTERNET PROTOKOL
  • Setiap mesin di Internet mempunyai nombor unik mengenal pasti, dipanggil Alamat IP.
  •  IP bermaksud protokol Internet, iaitu bahasa yang digunakan komputer untuk berkomunikasi melalui Internet.
  • Protokol yang menyalurkan data ke saluran yang tertentu dengan harapan ia akan sampai ke destinasinya.
  • Fungsi penghalaan ini membolehkan antara rangkaian pada dasarya mewujudkan internet.
  • Alamat IP biasa kelihatan seperti ini: 216.27.61.137
  • Untuk membuat ia lebih mudah bagi kita manusia untuk mengingati, alamat IP biasanya dinyatakan dalam format perpuluhan sebagai nombor perpuluhan bertitik seperti yang di atas.
  • Tetapi komputer berkomunikasi dalam bentuk binari. Lihatlah alamat IP yang sama dalam binari     11011000.00011011.00111101.10001001
Alamat IP terdiri daripada 32 bit, sering ditunjukkan sebagai 4 oktet nombor 0-255


CIRI - CIRI IP ADDRESS

Terdiri daripada empat kumpulan nombor, masing masing dipisahkan oleh nombor dalam setiap kumpulan adalah antara 0 dan 225. Daripada nombor IP Address akan terhasil domain name dimana dalam versi teks alamat.



 PERKARA UTAMA INTERNET


APAKAH ITU HTTP PULA ?

#Hyper Text Transfer Protocol

              -    HTTP menentukan bagaimana mesej diformatkan dan dihantar dan apa sahaja
                   tindakan Web serves dan browsers yang seharusnya ambil tindak 
                   balas kepada pelbagai arahan.

              -    Contohnya, apabila anda memasuki URL dalam browsers, ini sebenarnya ia

                   menghantar arahan daripada HTTP kepada web server secara terus dan 
                   menghantar page yang diminta.


DOMAIN NAME SYSTEM (DNS)


JENIS INTERNET CONNECTION



Thursday 6 April 2017

Kelebihan Rangkaian Komputer

APA YANG DAPAT KITA LAKUKAN DENGAN ADANYA RANGKAIAN KOMPUTER????


Dengan adanya rangkaian komputer, kita boleh berhubung dengan dunia luar tanpa sempadan. Dapat mengetahui perkembangan dunia tanpa perlu pergi ke Negara-negara luar. Kita juga dapat menambah kenalan dari merata Negara dengan hanya perlu mengakses internet sahaja.

Selain daripada itu, antara kelebihan-kelebihan lain ialah kita dapat memudahkan urusan harian kita dengan :


●BERKONGSI FAIL
Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

●MEMINDAHKAN FAIL
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.

●BERKONGSI PERISIAN (APLICATION) DAN MENGURANGKAN KOS
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan install perisian.

●BERKONGSI DATA DAN MENJIMATKAN MASA UNTUK MEMASUKKAN DATA
Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

●BERKONGSI PENCETAK, PENGIMBAS, CD-ROM DLL
Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

●MENGGUNAKAN MEL ELEKTRONIK (E-MAIL)
Pengguna dapat menghantar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.


Dengan adanya rangkaian komputer sistem backup data lebih baik, kerana pada jaringan client-server backup dilakukan berpusat di server, yang akan memback-up seluruh data yang digunakan di dalam jaringan.