Tuesday, 28 February 2017

Transmission Media (Media Penghantaran)

Medium Penghantaran

-digunakan untuk menghantar data dalam rangkaian
-pemilihan jenis-jenis medium adalah berkait rapat dengan jenis topologi, protokol dan saiz rangkaian



Medium Berkabel (wired)

 



Kabel Sepaksi (coaxial)

  • Kabel ini mempunyai satu wayar tembaga yang terletak ditengah-tengah yang bertindak sebagai media pengalir elektrik.
  • Manakala lapik pintalan besi antara wayar tembaga dengan lapisan plastik pula bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan hingar.
  • Jenis topologi cincin (ring topology) yang menggunakan kabel ini untuk menghubungkan antara komputer-komputer. Ia disambung menggunakan penyambung Beyone-Neill-Concelman (BNC) pada kedua-dua hujung.
  • Kabel ini menyokong pautan jarak jauh dan menawarkan kadar penghantaran data yang lebih tinggi.
  • Ia juga digunakan untuk menyambung TV dengan penerima gelombang TV.

Kabel Coaxial
Penyambung BNC



Kabel Gentian Optik


  • Kabel ini diperbuat daripada gentian kaca atau silika yang lebih nipis dari rambut manusia. Ia menggunakan denyutan cahaya dalam menghantar data di dalam rangkaian
  • Isyarat akan diubah kepada denyutan cahaya dan ditembak oleh laser melalui gentian optik yang berpembalut. Cahaya itu akan bergerak dan membias disepanjang pembalut kabel pada kelajuan tinggi.
  • Ia digunakan untuk pautan jarak jauh atau pautan antara benua.
    Cable Fibre Optik



Medium Tanpa Kabel (wireless)







Satelit

  • Satelit adalah satu peranti elektronik yang mempunyai sehingga 100 transponder yang menerima, menguatkan dan menghantar semula isyarat.
  • Satelit bertindak sebagai stesen penghambat (relay) di antara satu stesen bumi dengan stesen bumi yang lain.
  • Ia digunakan apabila jarak penghantaran adalah jauh dan terdapat banyak halangan. Data atau isyarat yang dibawa melalui satelit berbentuk mikrogelombang (microwave)



KESIMPULAN



Sunday, 26 February 2017

Pengenalan Kepada Telekomunikasi




  • Telekomunikasi merupakan alat yang menghubungkan satu pihak dengan pihak yang lain. Sejajar dengan perkembangannya, telah tercipta pelbagai alatan untuk memudahkan aktiviti komunikasi berlaku.






APA ITU TELEKOMUNIKASI?


  • Komunikasi melalui jarak yang jauh/panjang (Tele = Jauh)
  • Telekomunikasi merujuk kepada pemindahan data (komunikasi) dari pemancar ke penerima melalui laluan tertentu.
  • Data / kod diwakili oleh beberapa bentuk tenaga elektromagnet-elektrik, gelombang radio, lampu - dihantar melalui wayar sederhana, kabel, suasana.

MODEL KOMUNIKASI

Komponen-komponen teknologi komputer dan komunikasi:
  • Pengguna
  • Prosedur
  • Data/ Maklumat
  • Perkakasan
  • Perisian
  • Sambungan

**Bagi meningkatkan lagi kefahaman anda , saya sertakan video mengenai model komunikasi ini,